Thursday, June 18, 2009

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29

Maklumat

a. Jawatan : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
b. Gred : F29
c. Kod Skim : 2764
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Jabatan Perkhidmatan Awam
Jadual Gaji :
P1T1 RM1544.86 - P1T21 RM3034.66
P2T1 RM1615.95 - P2T21 RM3237.37
P3T1 RM1690.06 - P3T21 RM3415.79

Syarat Lantikan

1.
Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[Gaji permulaan ialah pada Gred F29: P1T1 RM1544.86]; atau


2.
Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[Gaji permulaan ialah pada Gred F29: P1T2 RM1611.41]; dan


3.
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Komputer adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i) mempunyai kelayakan di atas; dan ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.

http://www.spa.gov.my/

No comments:

Post a Comment