Thursday, June 18, 2009

Juruteknik Komputer Gred FT17

Maklumat

a. Jawatan: Juruteknik Komputer
b. Gred: FT17
c. Kod Skim: 3812
Kumpulan: Sokongan
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji:
P1T1 RM843.06 - P1T26 RM2325.37
P2T1 RM896.00 - P2T26 RM2452.46
P3T1 RM950.45 - P3T26 RM2583.95

Syarat Lantikan

i)
Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi malumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setarf dengannya oleh kerajaan.

[Gaji permulaan ialah pada FT17: P1T1 RM843.06]; atau


ii)
Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[Gaji permulaan ialah pada FT17: P1T6 RM1100.21]; atau


iii)
Sijil dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[Gaji permulaan ialah pada Gred FT17: P1T9 RM1254.50]; dan


iv)
lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Juruteknik Komputer gred FT17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
i)
mempunyai kelayakan di atas; atau
ii)
lulus Peperiksaan Khas atau hadir dengan jayanya kursus peralihan Juruteknik Komputer yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan; dan
iii)
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.

http://www.spa.gov.my/

1 comment:

  1. assalamualaikum..bila peluang pekerjaan sebagai juruteknik komputer ini akan dibuka ?

    ReplyDelete