Thursday, May 28, 2009

Graduan ICT

Anda masih menganggur? Ingin dapatkan elaun RM500 sebulan? Syarikat SKALI ada menawarkan program yang diberi nama Perintis dan Pembaharuan Pengetahuan Ekonomi SKALI (SPIKE).

Yang bagusnya setelah mengikuti program ini, anda mendapat jaminan pekerjaan di 16 syarikat ICT tempatan dan 152 rangkaian pelanggan yang bekerjasama dengan SKALI.

Mereka yang berminat untuk menyertai program berkenaan boleh melayari laman web www.spike.com.my untuk mengisi borang sebelum menghadiri sesi temuduga.

Petikan: Utusan Malaysia Online, www.utusan.com.my, arkib 21 Mei 2009, "SKALI tawar peluang kerjaya bidang IT".

No comments:

Post a Comment